website templates

Excellent Student Project

Platform Pengkomersilan Produk Pelajar

“There’s a way to do it better—find it.” –Thomas Edison

Mobirise

Selamat Datang ke exSPRO

Excellent Student Project (exSPRO) adalah satu sistem bersepadu yang boleh menguruskan produk inovasi pelajar di politeknik dan kolej komuniti seluruhnya merangkumi aspek pendaftaran, penilaian, sumber rujukan, potensi kecemerlangan dan lain-lain. Proses ini akan melibatkan bahagian-bahagian di JPPKK seperti Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dan Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD).

Kenapa exSPRO?

Pengwujudan pusat data ini penting bagi memastikan pengumpulan, pengurusan serta pemantauan data-data produk inovasi bagi Politeknik dan Kolej Komuniti dapat diuruskan dengan lebih baik dan sistematik. Pusat data ini juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan repositori inovasi kepada pensyarah dan pelajar.

Pada masa ini pengumpulan dan pengurusan data inovasi dan pengkomersilan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti dibuat secara manual. Seiring dengan globalisasi teknologi maklumat, pengurusan data di Politeknik dan Kolej Komuniti juga perlu diautomasikan bagi menaiktaraf dan menambahbaik pengurusan maklumat sedia ada. Projek ini merupakan satu transformasi digital bagi pengurusan data inovasi.

Hasil produk inovasi pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti sering mendapat perhatian dari pihak luar. Bagaimanapun maklumat berkaitan produk tersebut sukar diperolehi kerana perlu melalui pelbagai prosedur dan pihak tertentu. Projek ini dapat membantu memudahkan proses capaian maklumat berkenaan agar menjadi lebih pantas dan berkesan. Maklumat ini pula dapat dikongsi atau disalurkan secara langsung kepada agensi luar, pihak industri dan komuniti yang berminat atau mempunyai permintaan komersial ke atas produk inovasi berkenaan.

PENDAFTARAN HAK CIPTA

Semua produk pelajar yang dipaparkan di Sistem exSPRO diwajibkan untuk mendaftarkan karya mereka untuk pendaftaran hak cipta. Hak cipta merangkumi rakaman sastera, muzik, artistik, filem dan rakaman bunyi. Borang yang diperlukan boleh dimuat turun di sini untuk persediaan pendaftaran hakcipta karya anda.

“It always seems impossible until it is done.”

–Nelson Mandela

Alamat Korporat 

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Aras 4-7, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, 62100, Putrajaya 


Hubungi Kami

Email: exspro@moe.gov.my
Phone: +6 03 8891 9000
Fax: +6 03 8891 9000

Links

Utama
Pengenalan PPI
Info exSPRO
Ahli Pasukan
Hubungi Kami
Login exSPRO

Penafian

Pihak Pusat Penyelidikan Inovasi tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

© Copyright 2019 Excellent Student Project | PPI JPPKK -  All Rights Reserved