Persepsi Peserta Kursus Pendek Terhadap Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Komuniti Masjid Tanah

Authors

  • Nurliyana Abdul Malik Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Izariani Ismail Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Siti Nurlaili Nasuka Kolej Komuniti Masjid Tanah

Abstract

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat dilihat sebagai satu pendekatan yang dapat memberi peluang pembelajaran kepada seseorang secara berterusan dan lebih fleksibel.  Ia merupakan platform yang lebih meluas dan menyeluruh berkaitan dengan kompetensi yang hendak diasah bagi mempersiapkan individu menghadapi tuntutan alam pekerjaan. Kolej Komuniti Masjid Tanah telah menawarkan sebanyak 389 kursus masakan dengan bilangan peserta seramai 635 pada tahun 2017. Bagi menjamin Kolej Komuniti Masjid Tanah kekal relevan sebagai hub Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada komuniti setempat, maka kajian ini telah dilakukan bagi melihat sejauh mana kursus pendek dapat memenuhi kehendak mereka. Subjek kajian ini terdiri daripada 73 orang peserta yang telah dipilih secara rawak. Persampelan ini dibuat mengikut kaedah persampelan G-Power kerana kajian ini tidak dapat menganggarkan jumlah populasi sebenar peserta kajian. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik.  Hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS (Statistical Package For The Sosial Sciences) versi 21 bagi melihat skor min dan Ujian T bagi mengenal pasti perbezaan persepsi peserta terhadap kursus pendek di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Bagi kemudahan infrastruktur nilai skor min adalah tinggi terhadap bilik masakan (4.58), peralatan (4.41), kawalan keselamatan urusan keluar masuk (4.45) dan kemudahan tandas (4.25). Manakala kemudahan Internet mencatatkan skor min yang terendah iaitu 2.95.  Hasil kajian mendapati interpretasi skor min bagi tahap kepuasan peserta kursus pendek adalah tinggi iaitu 4.25 bagi pelaksanaan program kursus pendek, 4.10 bagi kemudahan infrastruktur dan 4.30 bagi tahap kepuasan kursus pendek.

Downloads

Published

30-11-2018