free portfolio web templates

© Copyright 2019 Excellent Student Project | PPI JPPKK -  All Rights Reserved

INFO exSPRO

INFORMASI exSPRO

i. Mewujudkan pangkalan data berpusat bagi Pusat
Penyelidikan dan Inovasi (PPI), JPPKK dan institusi di
bawahnya.
ii. Mengumpul data bagi pemilihan projek inovasi pelajar
politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia yang
berpotensi untuk dikomersialkan.
iii. Menjadi sumber rujukan bagi pelajar politeknik dan kolej
komuniti berkongsi dan memperoleh maklumat inovasi
terkini dengan sahih, mudah dan cepat.
iv. Memperkemaskan aktiviti pemantauan dan
penyelarasan pengiktirafan inovasi yang cemerlang
dalam urusan pendaftaran Harta Intelek Negara.
v. Platform pihak industri dan masyarakat dalam dan luar
negara melihat dan memilih hasil inovasi pelajar
politeknik dan kolej komuniti bagi mewujudkan
kolaborasi industri pembangunan inovasi pelajar.  

i. Membangunkan pusat data bagi penyimpanan data produk inovasi pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
ii. Akses capaian maklumat kepada pihak umum bagi tujuan pengkomersialan 

Pembangunan sistem ini dilihat amat penting bagi menjamin pengurusan, pemantauan dan penyelarasan data yang lebih sistematik dan efisien bagi Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia khususnya dalam mengembangkan potensi inovasi didalam kategori pengurusan dan perlu dilindungi dari aspek harta intelek.

Ciri-ciri pembangunan sistem sebagai satu pusat pengumpulan dan penyimpanan data inovasi bagi politeknik dan kolej komuniti untuk menggantikan sistem manual sedia ada disamping dijadikan sebagai platform untuk mengkomersialkan produk inovasi pelajar.

(a) Pengumpulan dan pengurusan data lebih sistematik.
(b) Capaian maklumat dapat dibuat dalam masa yang lebih cepat dan berkesan.
(c) Penyaluran maklumat kepada bahagian atau agensi lain lebih mudah dilaksanakan.
(d) Memudahkan aktiviti pemantauan dan penyelarasan aktiviti.
(e) Platform untuk mengkomersialkan produk inovasi pelajar.  

Mobirise