Kajian Kepuasan Peserta Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Terhadap Kursus Pendek Pemprosesan Makanan Di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka
Abstract
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menyediakan asas untuk pembelajaran semula dan kebaikan sepanjang hayat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta kursus pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka dan fokus kajian adalah pada kursus-kursus pemprosesan makanan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik kepuasan peserta kursus pendek yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Data diambil daripada populasi peserta kursus pendek pemprosesan makanan dari Jun hingga Disember 2016 seramai 143 orang. Analisis data menggunakan statistical package for Social Science Software version 21.0 (SPSS) untuk mendapatkanskor min dan Ujian t. Hasil dapatan kajian, tahap kepuasan terhadap kursus pendek pemprosesan makanan berada pada tahap interpretasi tinggi dengan skor min 4.74. Manakala tahap kepuasan peserta terhadap tenaga pengajar kursus adalah tinggi dengan skor min 4.59. Bagi aspek perbezaan jantina tahap kepuasan peserta menunjukkan tahap signifikan p = 0.122 dimana tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan peserta kursus berdasarkan jantina.Dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai langkah penambahbaikan dan meningkatkan lagi mutu pelaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti Masjid Tanah.