Pematuhan Etika Berpakaian Pelajar Semester 1 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sesi Jun 2017

Authors

  • Fauziah Binti Basok Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Nor Zilaila Binti Jaafar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan untuk memastikan pematuhan etika berpakaian pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi semester 1 Sesi Jun 2017. Responden yang terlibat adalah seramai 80 orang pelajar. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar tentang etika berpakaian di PSMZA, untuk mengenalpasti pemahaman pelajar tentang etika berpakaian di PSMZA dan untuk mengenalpasti penerimaan  pelajar tentang etika berpakaian di PSMZA. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data kajian dibuat melalui edaran soal selidik dan temu bual. Hasil perlaksanaan kajian ini mendapati bahawa hanya 85.7% responden memahami etika berpakaian di politeknik yang diberi semasa minggu transformasi dan 61% sahaja responden bersedia untuk membimbing rakan sebaya tentang etika berpakaian di politeknik. Sebanyak 98.1% responden bersetuju diadakan kempen-kempen kesedaran terhadap kepentingan pematuhan etika berpakaian di dalam politeknik. Perlaksanaan tindakan diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Perancangan tindakan yang dijalankan ialah pensyarah memperuntukkan masa selama 10 minit pada setiap waktu kuliah untuk memeriksa rupa diri  pelajar, bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengadakan kempen-kempen kesedaran dan bekerjasama dengan unit disiplin jabatan dengan mengadakan pemeriksaan rupa diri secara mengejut. Hasilnya didapati terdapat peningkatan terhadap pematuhan etika berpakaian pelajar semester 1 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sesi Jun 2017 di PSMZA.

Downloads

Published

22-04-2018

How to Cite

Fauziah Binti Basok, & Nor Zilaila Binti Jaafar. (2018). Pematuhan Etika Berpakaian Pelajar Semester 1 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sesi Jun 2017. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 14–27. Retrieved from https://app.mypolycc.edu.my/journal/index.php/PMJSSH/article/view/157