Pemahaman Konsep Matematik Terhadap Pelajar Ulang Kursus DBM2013 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

Authors

  • Rosamalina Mohd @ Mohd Noor Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Noor Syahida Shamsuddin Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Safiah Awang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bagi menangani permasalahan pemahaman konsep Matematik terhadap pelajar ulang kursus DBM2013 (Engineering Mathematics 2). Responden terlibat adalah daripada pelajar ulang kursus DBM2013 seramai 22 orang pelajar iaitu 20 orang lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Pelajar ulang kursus ini terdiri dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Eletrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Objektif kajian tindakan ini untuk mengenalpasti pemahaman konsep matematik, teknik pembelajaran yang sesuai dan minat pelajar ulag kursus terhadap Matematik. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif (pengumpulan data soal selidik, ujian pra dan post) dan kualitatif (temubual). Analisis kajian mendapati bahawa 90.9% responden tidak faham menggunakan konsep pembezaan dan pengamiran. Manakala markah purata ujian pra menunjukkan pelajar mendapat 2/15 (Pembezaan) dan 1/15(Pengamiran). Pelaksanaan tindakan diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Perancangan tindakan yang dijalankan adalah telah mengadakan set latihan tambahan, kelas tambahan, kaedah penyelesaian alternatif dan motivasi. Hasilnya didapati terdapat peningkatan terhadap pemahaman konsep Matematik (Pembezaan dan Pengamiran) terhadap pelajar ulang kursus DBM2013. Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan tindakan yang dilakukan memberi impak yang positif dan boleh dicadangkan untuk kajian peringkat seterusnya.

Downloads

Published

22-04-2018

How to Cite

Rosamalina Mohd @ Mohd Noor, Noor Syahida Shamsuddin, & Safiah Awang. (2018). Pemahaman Konsep Matematik Terhadap Pelajar Ulang Kursus DBM2013 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 28–41. Retrieved from https://app.mypolycc.edu.my/journal/index.php/PMJSSH/article/view/158