Kawalan Alat Penyaman Udara Menggunakan IoT
Keywords:
IoT, Air Conditioning Unit, FanAbstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan suatu reka bentuk sistem kawalan dengan menggunakan sambungan rangkaian internet sebagai medium penghantar isyarat ke perkakasan peranti elektrik iaitu penyaman udara unit pisah dan kipas angin. Objektif kajian ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan kawalan alat penyamanan udara menggunakan Iot seterusnya menguji kebolehfungsian alat kawalan tersebut. Disamping itu juga, secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan sistem kawalan inframerah (infrared). Reka bentuk kajian adalah pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE sebagai asas kepada reka bentuk kajian. Proses pengumpulan maklumat, penganalisian maklumat, fasa merekabentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian dilaksanakan bagi menjayakan kajian ini. Kajian ini telah diuji kebolehfungsiannya serta beberapa aspek yang telah ditetapkan oleh tiga orang pakar bidang yang mempunyai kelayakan yang diperakui. Ciri-ciri reka bentuk, pembangunan kajian, dan pengujian kebolehfungsian dalam kajian ini melibatkan analisis teknikal kajian ini mendapat peratusan yang tinggi (100%). Analisis teknikal yang terlibat adalah berkaitan jarak pengawalan alat penyaman udara secara hotspot adalah (±100m ke bawah), wifi (±100m ke atas) dan broadband (±100m ke atas), pengawalan suhu menggunakan telefon pintar secara hotspot (min 16˚c : 22.6˚c, max 30˚c : 27.2˚c pada jarak ±90m), secara wifi (min 16˚c : 23.7˚c, max 30˚c : 26.7˚c pada jarak ±300m), dan secara broadband (min 16˚c : 24.3˚c, max 30˚c : 27.5˚c pada jarak ±300m), dan perubahan pemasa bagi alat penyaman udara dan kipas secara hotspot (min 1minit : berubah pada jarak ±90m, max 5minit : berubah pada jarak ±90m), secara wifi (min 1minit : berubah pada jarak ±300m, max 5minit : berubah pada jarak ±300m), dan secara broadband (min 1minit : berubah pada jarak ±300m, max 5minit : berubah pada jarak ±300m). Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mempertingkatkan kualiti kajian ini. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembangunan produk berasaskan IoT ini mampu untuk berfungsi mengikut objektif dalam kajian ini.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2018 Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.