Campuran Tanah Liat Dan Sisa Bata Simen Dalam Menentukan Sifat Geoteknik Tanah

Authors

  • Nadhirah Nor Zelan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  • Noor Azalina Khalil Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  • Norsyahidan Mohamad Yusof Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Keywords:

Tanah liat, Sisa bata simen, Ketumpatan tanah

Abstract

Tanah merupakan suatu binaan yang kompleks dan sifatnya berubah-ubah. Tanah berperanan sebagai penyokong beban kepada semua struktur yang dibina di atasnya. Jurutera awam perlu mengkaji komposisi dan sifat-sifat tanah seperti agihan saiz tanah, jenis tanah, kebolehtelapan, kebolehmampatan, kekuatan ricih dan kapasiti beban galas tanah. Kajian ini dijalankan untuk mencari alternatif yang lain bagi menstabilkan tanah liat. Tanah liat diklasifikasikan sebagai tanah yang bermasalah bagi proses pembinaan. Tanah liat mengandungi peratusan air yang tinggi berbanding tanah lain. Sifat kebolehmampatan dan kelembapan yang tinggi serta kekuatan ricih yang rendah merupakan masalah untuk pembinaan dijalankan. Satu kajian sifat geoteknik tanah liat yang dicampurkan dengan sisa bata simen dijalankan di mana ujikaji had atterberg dan ujian pemadatan dijalankan bagi mendapatkan nilai had plastik, had cecair, ketumpatan kering maksimum dan kandungan air optimum tanah. Peratusan campuran sisa bata simen ialah 0%, 10%, 25% dan 50% daripada berat tanah liat. Dapatan ujian had atterberg menunjukkan bacaan had plastik menurun dari 35% hingga 27%, had cecair menurun daripada 81% hingga 56% dan indeks keplastikan juga menurun daripada 46% hingga 29%. Manakala hasil ujian mampatan menunjukkan bacaan ketumpatan tanah meningkat daripada 1380 kg/m3 hingga 1523kg/m3 dan peratusan kandungan air menurun dari 23% hingga 16%. Berdasarkan data yang diperolehi dengan penambahan sisa bata simen kandungan air akan berkurangan dan ketumpatan tanah liat meningkat. Ini menunjukkan sisa bata simen sesuai untuk dijadikan salah satu bahan untuk menstabilkan tanah.

Downloads

Published

30-11-2016

How to Cite

[1]
N. Nor Zelan, N. A. Khalil, and N. Mohamad Yusof, “Campuran Tanah Liat Dan Sisa Bata Simen Dalam Menentukan Sifat Geoteknik Tanah”, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology, vol. 1, no. 1, pp. 59–66, Nov. 2016, Accessed: Dec. 22, 2024. [Online]. Available: https://app.mypolycc.edu.my/journal/index.php/PMJET/article/view/587