Kesan Agregat Berkubik Ke Atas Rekabentuk Konkrit Asfalt Campuran Styrene Butadiene Styrene (SBS)

Authors

  • Che Norazman Che Wan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
  • Ramadhansyah Putra Jaya Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
  • Meor Othman Hamzah Sekolah Kejuruteraan Awam, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Agregat, Berkubik, Ketaksekataan

Abstract

Agregat berkubik dihasilkan melalui mesin penghancur batu ke batu (Barmac) manakala agregat ketaksekataan dihasilkan langsung daripada kuari. Matlamat kajian ini adalah mengkaji kesan agregat berkubik dan agregat ketaksekataan terhadap sifat konkrit asfalt seperti modulus kebingkasan, rayapan dinamik dan kekuatan tegangan tak langsung. Jenis bahan pengikat yang digunakan ialah styrene butadiene styrene (SBS). Berdasarkan sifat campuran yang diperoleh, semua campuran berbitumen yang menggunakan agregat berkubik memperlihatkan peningkatan sifat yang ketara berbanding campuran agregat ketaksekataan. Dari kajian yang telah dijalankan, agregat berkubik di dalam campuran bitumen terpinda SBS lebih berupaya meningkatkan nilai modulus kebingkasan, rayapan dinamik dan kekuatan tegangan tak langsung dibandingkan dengan campuran agregat ketaksekataan. Sebagai contoh, nilai modulus kebingkasan CK ialah 3896 MPa, manakala nilai setara untuk campuran IK ialah 3502 MPa dengan peratus peningkatan daripada campuran IK kepada campuran CK ialah sebanyak 11.25%.

Downloads

Published

30-11-2016

How to Cite

[1]
C. N. Che Wan, Ramadhansyah Putra Jaya, and M. O. Hamzah, “Kesan Agregat Berkubik Ke Atas Rekabentuk Konkrit Asfalt Campuran Styrene Butadiene Styrene (SBS)”, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology, vol. 1, no. 1, pp. 67–76, Nov. 2016, Accessed: Dec. 22, 2024. [Online]. Available: https://app.mypolycc.edu.my/journal/index.php/PMJET/article/view/588